Didakwa Hina Nabi & Dilabel Pelakon Sampah, Iqram Dinzly Respon Teguran Ustaz

Posted on

Semua sedia maklum, rancangan Melodi bersiaran buat pertama kalinya pada tahun 2018 dengan menampilkan hos baru Ajak Shiro dan Janna Nick. Namun, apa yang menariknya rancangan kali ini adalah mereka berjaya menjemput artis LIVE Iqram Dinzly ke set Melodi tengah hari semalam.

Makin panas episod itu apabila kenyataan Iqram Dinzly ketika ditemuramah. Iqram ditanya siapakah gurunya dan dia menyebut salah seorang guru beliau adalah ‘Che Mat’. Dia dikatakan merujuk ‘Che Mat’ itu sebagai ganti nama kepada Nabi Muhammad SAW. Kenyataannya mendapat perhatian dari seorang ustaz yang bernama Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary. Ustaz itu mendakwa Iqram pelakon sampah kerana merendahkan nama Nabi Muhammad SAW. Ini respon Iqram sendiri.

Live di Melodi

Menerusi episod Melodi semalam, keadaan pada awalnya sedih apabila beberapa soalan dituju kepada Iqram. Iqram sedikit sebak dan menangis apabila pelbagai tohmahan yang dilemparkan ke atas dirinya. Michele selaku penemuramah turut terkesan dengan situasi ini.

Namun keadaan bertukar panas apabila Iqram mula menyebut Che Mat sebagai ganti nama kepada Nabi Muhamaad SAW. Ini respon dari Ustaz Abu Syafiq.

Syorkan ambil tindakan tegas

Di dalam facebook Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary, rata-rata netizen menyokong pendapat beliau dan ada yang mengatakan Iqram Dinzly tidak berapa sihat sehingga terlepas cakap. Iqram Dinzly membetul kan ayat Che Mat kepada Nabi Muhammad SAW sejurus selepas ayat Che Mat dikeluarkan.

Aku lagi menyampah – Iqram Dinzly

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *