Didakwa Hina Nabi & Dilabel Pelakon Sampah, Iqram Dinzly Respon Teguran Ustaz

Posted on

Sampah ? Lagi aku nyampah ular dalam semak bersepah .
Bertulis di FB , ikut cara nabi ? Salah ni ! Ini semua cara yahudi .
Acapkali aku berkata kata kenali diri , kenali seni . Sekiranya ada khilaf , ya diri ini minta maaf dan mohon tunjok ajar bukan dengan mencaci dan menjatuhkan hukuman sendiri ?

Nak tumpang populariti ? Oh tidak mampu untok aku memperhalusi seni diri dengan menghukomi atau mengadili . Jadi kepada ustaz ini , maaf sekiranya pemahaman tuan mengata hamba menghina Nabi , hanya perkataan ‘ CHE MAT ‘ setelah mengatakan TOK GURU dan diusuli kemudiannya menyebut Nabi Muhammad saw itu penghinaan persepsi . Bagaimana pula dengan rakusnya jari jemari tuan meletakkan emosi ketika menulis sehingga boleh mencetuskan kontroversi sedangkan tindakan ini lebih teruk menghina sunnah Rasullah saw yang menyuruh kita berbudi bahasa elok budi pekerti dan adakah benarnya cara tuan menjatuhkan maruah orang oleh dek kerana persepsi tuan seorang diri dengan menaikkan video bercakap seperti bongkak diri ? Mana adabnya sebagai seorang yang ilmu tinggi dalam setiap posisi , sedangkan kita langsung tidak mengenali secara peribadi ?

Jemput bersemuka


Rasanya mufti @drzulkifli.albakri lebih arif tentang ini . InsyaAllah , Allah lebih Maha Mengetahui niat dihati dan sekiranya sudi saya akan berjumpa dengan mufti berbanding dengan #ulardalamsemak yang semakin menular kini .
Ingat ya kita semua bukan maksom bukan Nabi , sekiranya berterusan lagi isu ini , seperti khinzir sondol sana sini… tidak teragak rasanya untok hamba kasi huru hara sampai mati media sosial ini .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *