‘Saya Tak Kisah Pun Hafiz Post Gambar Tu’- Hafiz Didakwa Hina Isteri, Ini Respon Syafiqah Aina

Posted on

Tidak lama dahulu, kenyataan Hafiz Mahamad di laman Instagram terhadap isterinya, Aina telah mendapat teguran daripada orang ramai. Mereka menganggap bahawa kenyataan Hafiz keterlaluan serta merendahkan martabat serta imej isterinya. Selepas itu, Hafiz beri respon berkata bukan niatnya untuk ‘mengungkit’ kisah lalu.

Aina tak kisah

Jika lihat di Instagram, Aina juga berdiam diri tentang isu tersebut. Selepas beberapa hari, Aina dihubungi mStar dan ini mesej kepada orang ramai.

Selama ini, Hafiz banyak memberi tips kepada saya dan tunjuk ajar untuk diet termasuk penjagaan kesihatan dan kecantikan.

Ya, memang itulah saya yang dulu gemuk dan berjerawat. Suami saya seorang yang romantik, tapi tak semestinya dia perlu tunjuk saya yang cantik saja di media sosial.

Saya tak kisah pun Hafiz ‘post’ gambar-gambar tu. Walaupun tunjuk yang buruk tapi ada mesej yang tersirat. Selama ni dia yang beri semangat kepada saya untuk berubah menjadi seperti keadaan yang sekarang.

Muat naik foto lama isteri atas niat baik

Tambah Hafiz, tujuannya memuat naik foto lama isterinya di Instagram adalah untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang berpasangan.

Saya mahu beri inspirasi kepada wanita supaya tidak merendah diri dan yakin diri untuk berubah kepada lebih baik manakala lelaki pula perlu menerima pasangan seadanya selain menyokong kepada proses perubahan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *